Thursday, July 26, 2012

:Kembali..setalah lama menyepi..:

...lama benar blog ini dibiarkan sepi tanpa kata2..ku kembali lagi dengan semangat baru..cewahhh

Wednesday, September 24, 2008

::Macro::


....macro,micro & close up?

::Racun Berbisa::


....aku telah diracuni dengan racun yang amat berbisa dari "dee three hundred" syialll...siang malam asyik termimpi aje macam orang gila bayang dan angau, hik hik tapi apa kan "daya dee two hundered" enggan berpisah dari ku....

Thursday, April 03, 2008

::D200::



....fotografi dunia baru bagi ku...
D200.N18200VR,N85,N50,S1020,SP90,T1750,SB600,SB800,M190XB,OffTrail2,Flip300.

Saturday, February 16, 2008

::sepi 9 bulan::

....ku biarkan laman ini sepi tanpa kata kata. bukan kerna ketandusan idea tapi menyepi diri buat seketika. kerna aku malas dgn kehidupan ku. tapi kini aku rasa gagah untuk kembali menulis di sini.

Tuesday, May 15, 2007

Thursday, December 14, 2006

...entah kenapa sehari dua ini aku sering teringat dan terkenangkan beliau. terkenangkan pada seorang Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. aku membesar di zaman pemerintahannya. beliau idolaku...tak kiralah apa pendapat orang lain terhadap dirinya namun beliau tetap no 1 di hatiku.

:: Perjuangan Belum Selesai ::

:: PERJUANGAN BELUM SELESAI ::

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.

Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.
lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.

Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996

Wednesday, November 29, 2006

::Danish, bird eyes view::


...danish di ketinggian 515m dari aras laut.
...aku bukan lah seorang jurukemera pro, tapi dalam banyak2 gambar yang aku ambil inilah yang aku rasa paling menarik, Danish tidak gayat langsung pada ketinggian berbanding aku. malah dia begitu teruja melihat pemandangan Kota Lumpur dari ketinggian 515m dari aras laut. aku membuat andaian bahawa dia belum mengerti lagi...apa yang dia rasa mungkin seronok melihat kebawah. dia begitu teruja berada di KL Tower.

::Desktop Relativity::

...desktop relativity?? apa pendapat kalian??

::Amarah::

...entah kenapa kebelakangan ini aku kerap sangat marah2 pada dia. cepat benar baran aku kembali. tabiat lama yg aku cuba kikis kembali lagi. ada saja perilakunya membuat aku panas baran, ada saja yang tak kena. aku benci akan sikap buruk aku yg satu ini. datang secara spontan, aku marah tak tentu fasal walaupun hanya pekara kecil yang remeh. kadangkala aku bagaikan orang yang sudah hilang kesabaran dan pertimbangan. aku amat takut dgn diri aku sendiri buat ketika ini.
...aku takut tidak dapat menjadi seorang suami dan ayah yang baik. penyesalan hanya hadir selepas baran ku reda. aku malu pada diri sendiri, tak mahu sampai tua tabiat ini masih ada dalam diri ini. bagaimana harus aku kikis tabiat paling buruk ini?..aku mahu diri aku yang dulu.
Apa Nak Dikata!!- aku insan yang
serba kekurangan
.